FALSAFAH SAFI

Falsafah Safi
SAFI adalah

  • Jenama utama dari Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Jenama HALAL no. 1 di Malaysia
  • Khusus untuk pengguna-pengguna Melayu/Muslim


SAFI, jenama HALAL utama di Malaysia yang terdiri daripada barangan berkualiti serta komprihensif dihasilkan khusus untuk keperluan pengguna Muslim moden wanita mahupun lelaki. Diperbuat dengan bahan-bahan semula jadi yang mematuhi hukum Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM); SAFI tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tidak mengandungi alkohol atau gelatin.

Dikilangkan di pusat pengeluaran yang disahkan ISO dan “Good Manufacturing Practice” (GMP), SAFI berusaha untuk menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pengguna. Demi memastikan produk yang berkualiti tinggi, konsisten dan bekalan fleksibel, SAFI dihasilkan 100% di kilang terletak di Malaysia, selain mematuhi taraf antarabangsa termasuk Federal Drug Authority (FDA), European Economic Community (EEC)/COLIPA, British Pharmacopoeia (BP), Cosmetics, Toiletries & Fragrance Association (CTFA).

Produk-produk SAFI boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Di samping itu, SAFI juga menempatkan jurujual-jurujualnya dikebanyakan kaunter jualan SAFI yang mana mereka ini amat terlatih dalam memberi nasihat kecantikan kepada anda.

Dengan slogan ‘Selamat dan Suci’ sebagai daya penggerak jenama ini, SAFI memastikan bahawa produk-produknya dihasilkan dengan penuh kualiti untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh anda dan keluarga.

SAFI. Selamat dan Suci.