FAQ

SOROTAN UTAMA

    • Adakah produk SAFI halal dan bagaimana untuk memastikan ia selamat di gunakan?
    • SAFI, jenama HALAL No. 1 di Malaysia terdiri daripada rangkaian produk berkualiti dan komprehensif. Dirumus khusus dengan bahan-bahan semula jadi; tanpa alkohol dan gelatin, ia disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM). Mengutamakan aspek Halal dan seiring dengan kehendak syarak, SAFI sentiasa memastikan bahawa rangkaian produknya dihasilkan untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh seisi keluarga.
    • Di manakah boleh saya dapatkan produk-produk SAFI?
    • Produk-produk SAFI boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Di samping itu, SAFI juga menempatkan jurujual-jurujualnya dikebanyakan kaunter jualan SAFI yang mana mereka ini amat terlatih dalam memberi nasihat kecantikan kepada anda.
    • Apa itu Nano Emas 24K?
    • Nano Emas 24K merupakan emas tulen yang bersaiz sangat halus atau bersamaan saiz 1/80,000 diameter rambut. Dengan saiz sebesar nano ini, emas akan lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit hingga ke lapisan epidermis, yang mana emas ini akan bertindak untuk merangsang “kilang pengeluaran kolagen” untuk mengeluarkan lebih banyak kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal serta awet muda. Barang perhiasan emas (seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya) secara luaran tidak akan mengaktifkan kilang kolagen yang terletak pada bahagian epidermis kulit.
    • Apakah punca penuaan?
    • Selain daripada peningkatan usia, tanda-tanda penuaan atau garis-garis halus terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap sinaran matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta kurang melakukan senaman dan gaya hidup yang tidak sihat.
    • Apakah kesan penuaan kepada kulit?
    • Apabila usia meningkat, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulit akan menjadi lemah. Akibatnya, tekstur kulit menjadi tidak mantap, menipis dan kehilangan anjal – membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut.
    • Adakah kesan penuaan boleh dilihat dengan mata kasar?
    • Boleh, antara tanda-tanda penuaan adalah pembentukan garis-garis halus, jeragat, kekeringan serta kurangnya keanjalan kulit dan tona kulit tidak sekata.
    • Bolehkah tanda-tanda penuaan dirawat?
    • Rawatan secara klinikal merupakan kaedah rawatan yang boleh digunakan. Namun ia memerlukan kunjungan rutin dan melibatkan kos yang tinggi. Kini SAFI RANIA GOLD menawarkan kaedah alternatif yang lebih mudah serta murah.
    • SAFI RANIA GOLD mempunyai tiga jenis Pembersih Wajah. Apakah perbezaan antara Pembersih Wajah, Gel Pembersih Wajah dan Pembersih Wajah Lembapan Mendalam?
    • Pembersih Wajah membersih dengan berkesan sambil mengekalkan keanjalan serta kesegaran kulit wajah dan ia sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Gel Pembersih Wajah pula dirumus dengan pH seimbang yang mampu mengekalkan kelembapan kulit wajah sepanjang hari, sesuai untuk kulit normal dan sensitif. Bagi anda yang mempunyai kulit kering, Pembersih Wajah Lembapan Mendalam adalah penyelesaiannya. Ianya membersih sambil melembap secara mendalam untuk mengatasi kulit kering.
    • Kenapa kulit menjadi gelap dan tidak bermaya?
    • Kulit wajah yang sering terdedah kepada persekitaran seperti matahari, pencemaran, habuk dan tekanan boleh menyebabkan kulit kusam, menjadi gelap, kering, tidak serata dan tidak bermaya.
    • Apakah punca tona kulit tidak sekata?
    • Sinaran UV, jumlah melanin akibat pigmentasi di dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. Penggunaaan produk yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit tidak berseri.
    • Apakah kesan pigmentasi terhadap kulit?
    • Ramai beranggapan bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, tona kulit berubah dan tidak berseri.
    • Bagaimana untuk mencegah kulit gelap?
    • Kita tidak boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinar matahari, tetapi kita boleh melindungi kulit dengan produk yang mengandungi Pelindung UV seperti SAFI BALQIS Perfect 10. Formulasi Nano BioWhite menyerap jauh ke dalam kulit untuk mempertahankan proses pigmentasi yang menghasilkan melanin. Ia bukan sekadar melindungi kulit, malah menjadikannya halus, mulus dan cerah sempurna.
    • Apakah perbezaan antara Krim Siang dan Krim Malam?
    • Kebanyakan Krim Siang mengandungi Perlindungan UV untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sememangnya tidak diperlukan ketika di kawasan gelap. Krim malam pula bertujuan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit, juga berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.
    • Perlukah saya memakai penyegar dan bila harus saya memakainya?
    • Untuk tampil cantik dengan kulit yang sihat bersinar, jangan tinggalkan penjagaan rutin harian berikut, iaitu mencuci muka, mamakai penyegar dan pelembap. Penyegar direka untuk menyegar dan menyejukkan kulit. Ia mampu membuang lebihan minyak di permukaan kulit, menutup pori-pori wajah yang terbuka dan menyegar wajah sepanjang hari. Oleh itu, sentiasa gunakannya selepas membersihkan wajah dan diikuti dengan krim pelembap muka.
    • Berapa kerap perlu saya menggunakan skrub muka?
    • Menggunakan skrub 2 hingga 3 kali seminggu membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang menyebabkan kulit kusam dan tak bermaya. Penggunaan skrub muka setiap hari adalah tidak digalakkan. Cara betul adalah dengan lembapkan muka dengan air dan sapukan skrub ke muka. Kemudian urut lembut ke muka dan bilas dengan air sehingga bersih.
    • Serum vs. Krim Pelembap Muka
      Apakah perbezaan antara serum dan krim pelembap muka?
    • Selain dari menambahkan tahap lembapan kulit, penggunaan serum amat penting kerana ia dirumus khas untuk membekalkan nutrien ke dalam lapisan kulit yang tidak mampu dicapai dengan hanya mengunakan krim pelembap. Terdapat pelbagai jenis serum boleh didapati di pasaran, seperti serum anti-penuaan, serum pencerah dan tidak lupa juga serum anti-jerawat. Gunakan serum selepas menggunakan penyegar dan sebelum menggunakan krim pelembap.

      Krim pelembap mempunyai saiz molekul yang besar jika dibandingkan dengan serum. Ini bermakna krim pelembap tidak mampu menembusi kulit seperti serum. Serum membekalkan nutrien manakala krim pelembap pula memberi kelembapan dan menghidratkan kulit